R-iF - Percayalah




Tinggalkan Pesanan Anda

R-iF Edutainment

Pengurus

Pic 1
  • Nama :
    Zamruddin (Abg-Long)
  • No H/P:
    017-9212131
  • Emel :
    info@percayalah.net
  • YM/ Google Talk :
    theonly82
  • Skype/ Meebo :
    akuadalahaku

Urusan Undangan Persembahan


Bagi sebarang urusan berkaitan persembahan, temubual, fotografi dan lain-lain yang berkaitan dengannya, boleh berhubungan dengan Abg-Long untuk sebarang pertanyaan.

Penajaan Untuk R-iF


Bagi sebarang urusan berkaitan penajaan dan hasrat untuk melantik R-iF menjadi duta produk anda, serta lain-lain yang berkaitan dengannya, sila berhubungan dengan Abg-Long untuk sebarang perbincangan.

R-iF dan Anda


Pada masa akan datang, akan ditubuhkan kelab peminat di bawah R-iF khusus untuk mengumpulkan para peminat R-iF. Seterusnya untuk kita saling kenal-mengenali dan juga bertujuan mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat bersama peminat.

Pesanan Dari R-iF

Adham

adham

Salam perjuangan dari saya, Adham. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami yang tak seberapa ini. Insyaallah, pada masa akan datang saya akan membuat blog sendiri khusus untuk saya berkongsi cerita dan pengalaman saya kepada anda semua yang sentiasa bersama saya dari dulu, kini dan selamanya. Salam perjuangan dari R-iF.

Azwar

azwar

Salam Satu Malaysia buat semua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua sudi untuk meluangkan sedikit masa melayari laman web kami ini. Insyaallah, saya juga akan melapangkan diri untuk menulis di dalam blog yang akan dibuka nanti. Segala kisah suka duka saya akan kongsikan bersama anda semua yang tak jemu-jemu menyokong R-iF. Tanpa anda semua siapalah R-iF. Salam Satu Malaysia :) .

Ridzuan

ridzuan

Salam penuh kemesraan saya hulurkan. Jutaan terima kasih saya ingin sampaikan kepada anda semua. Bersama-samalah kita berkongsi idea, pendapat dan pandangan dalam menaikkan semula industri nasyid tempatan di tempatnya. Insyaallah, segala usaha murni ini adalah untuk menambahkan lagi pilihan kesenian Islam dalam berhibur seperti mana yang dibataskan. Salam penuh kemesraan :) .