R-iF - Percayalah




Berita & Aktiviti

Fasa 1

Idea awal projek album "R-iF - Percayalah" mula tercetus. Ianya berlanjutan daripada beberapa perancangan penghasilan album yang tergendala sebelum ini.

Perbincangan dari hati ke hati di antara R-iF dan Abg-Long terhadap pelbagai perkara telah pun dibuat dan hasilnya bermulalah pencarian material dibuat secara bersama-sama.

Fasa 2

Proses mengumpulkan bahan material untuk dimuatkan ke dalam album "R-iF - Percayalah" mula dilakukan.

Pencarian beberapa orang komposer muda yang berbakat untuk sumbangan lagu-lagu mereka bagi dimuatkan ke dalam album ini.

Alhamdulillah, berkat segala usaha yang dijalankan dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, R-iF bakal bekerjasama dengan Amar yang bertindak selaku penerbit bersama untuk album R-iF - Percayalah. Amar juga mencipta dua buah lagu untuk dimuatkan ke dalam album ini. Seterusnya Hafiz Hamidun, Fadzli FarEast dan Halim Devotees juga turut menyumbangkan lagu masing-masing.

Promo Lagu

R-iF - Percayalah

Pic 1
  • Ku Sesali Segalanya
    Ciptaan Abg-Long
  • Oh Mama
    Ciptaan Ustaz Khairul Napisham
  • Praise Allah
    Ciptaan Ustaz Khairul Napisham
  • Muslimah Sejati
    Ciptaan Ustaz Khairul Napisham
  • Indahnya Dunia
    Ciptaan Abg-Long
  • Promo rakaman suara semasa latihan secara suka-suka oleh R-iF boleh didengar dari playlist di bawah.

Nasyid Indie Vol. II

Pic 2
  • Serang Balas
    Ciptaan Halim Devotees

Bagi mempromosikan lagi R-iF kepada pendengar lagu-lagu nasyid, R-iF bakal menyertai projek album underground "Nasyid Indie Vol II" di bawah kelolaan Halim (Devotees).

Perkembangan Terkini


Susunan Muzik

Proses susunan muzik untuk 10 buah lagu yang bakal dimuatkan ke dalam album, termasuk memasukkan live instrument bagi menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

Latihan Vokal

Latihan vokal bagi memastikan R-iF benar-benar bersedia dari segi stamina dan vokal untuk sesi rakaman nanti, selain ianya bagi memantapkan persembahan live R-iF.

Rakaman

Proses rakaman yang mungkin dijalankan di beberapa studio, antaranya InTeam Studio dan Studio Nasyeed.Com. Mixing dan Mastering akan dilakukan oleh mereka yang berpengalaman.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menyokong dan memberi semangat kepada R-iF dalam merealisasikan impian murni
ini untuk menghasilka album pertama R-iF yang berjudul Percayalah.
Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jaya hendaknya. Semoga perjuangan memartabatkan semula idustri nasyid
direstui-Nya. Amin