Di Mana Bermula

Pertandingan Nasyid Hari Kualiti PSA

Pada tahun 2004, bersempena Hari Kualiti Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), satu pertandingan nasyid diadakan di antara jabatan-jabatan pengajian yang ada di PSA. Antara jabatan yang menyertainya ialah Jabatan Elektrik dan Jabatan Perdagangan. Voice of Commerce's Souls (VoCS) telah menjadi johan pertandingan tersebut. Ketika itu VoCS dianggotai oleh Abg-Long dan Adham serta beberapa orang lagi pelajar. Manakala Azwar dan Ridzuan pula mewakili Jabatan Elektrik telah mendapat tempat kedua. Bermula dari situ, mereka semakin akrab dan pernah mengadakan persembahan bersama-sama.

R-iF

R-iF ditubuhkan hasil usaha salah seorang pensyarah Jabatan Elektrik PSA yang juga Penasihat Kelab Nasyid PSA iaitu Ustaz Khairul Napisham. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Ustaz Khairul Napisham untuk memastikan R-iF berada di landasan yang betul dalam memperjuangankan irama nasyid. Dan seterusnya misi menyampaikan dakwah menerusi kesenian Islam dapat diteruskan kesinambungannya.

Pengenalan

Industri nasyid sejak kebelakangan ini semakin di pandang sepi, dan penghasilan album nasyid juga semakin berkurangan. Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan ekonomi yang belum stabil sepenuhnya. Semakin berkurangan syarikat yang mahu menerbitkan album nasyid kerana faktor kewangan. Namun ianya juga kerana faktor-faktor lain juga seperti perkembangan teknologi yang semakin pesat dan membuatkan para pendengar tidak lagi begitu berminat untuk membeli album dalam bentuk fizikal. Mereka lebih gemar membeli dalam bentuk digital iaitu seperti nada dering telefon bimbit.

Melihat kepada situasi yang berlaku, Ri-F melihat industri nasyid juga perlu bergerak seiringan dengan kemajuan teknologi ini. Berbekalkan dengan sokongan modal yang tidak begitu tinggi dan pengalaman yang ditimba, R-iF cuba untuk menembusi pasaran yang agak lembab ini dengan menghasilkan suatu album yang mana teknik pemasarannya kelak akan menumpukan kepada direct dan indirect marketing channel.

Selain itu, R-iF juga ingin mempelopori pengwujudan kumpulan nasyid yang serius di dalam idustri dari kalangan pelajar dan alumni Politeknik. Ini kerana R-iF melihat sehingga ke hari ini belum ada lagi artis nasyid sama ada solo atau berkumpulan yang dilahirkan oleh Politeknik. R-iF berharap dengan adanya projek album ini maka akan lebih banyak lagi artis-artis nasyid yang dilahirkan oleh Politeknik.

Sejarah

Januari 2005, R-iF diwujudkan. Hasil usaha dan kerja keras Ustaz Khairul Napisham Bin Abd Razak iaitu Penasihat Kelab Nasyid di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). R-iF menggabungkan beberapa orang pelajar dari pelbagai jabatan yang ada di PSA. R-iF mempunyai banyak generasi dan untuk album pertama ini ianya menghimpunkan generasi pertama R-iF. Nama R-iF merupakan singkatan kepada "Remember Islam @ Iman Forever". Bagi sesetengah pihak ianya juga bermaksud ARIF yang membawa maksud bijaksana. Ketika ini R-iF selesa bergerak secara bertiga, ianya menjadikan R-iF unik kerana merupakan satu-satunya kumpulan nasyid TRIO yang ada di dalam industri nasyid.

Objektif

1. Menyerikan dan memeriahkan lagi industri nasyid tempatan dengan penghasilan album penuh yang berkonsepkan Islam Is Beautiful.
2. Mempelopori pengwujudan kumpulan nasyid dari Politeknik untuk menempa nama di dalam industri nasyid dan seterusnya menaikkan imej Politeknik di mata masyarakat umum.

Harapan

Diharapkan kehadiran R-iF di persada industri nasyid dapat diterima dengan baik dan semog usaha ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Diharapkan industri nasyid juga mampu dinaikkan semula dan penerbitan album-album nasyid juga dapat dirancakkan semula.